fbpx

“Letak Penghasut Vaksin Sebilik Dengan Pesakit Covid-19”

Selepas memuat naik video menegur individu melanggar SOP untuk pulang ke kampung sehingga lebuh raya sesak selepas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini pelakon Catriona Ross memerli individu dilabel ‘penghasut vaksin’ pula.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Catriona memuat naik infografik mengenai denda yang dikenakan terhadap golongan penghasut vaksin.

BACA: “Mati Ke Kalau You All Tangguhkan Sekejap Balik Kampung Tu?”

Malah, menerusi satu lagi perkongsian Catriona turut mencadangkan agar penghasut vaksin diletakkan sebilik serta dikuarantin bersama pasakit Covid-19.

Ujarnya lagi, mungkin dengan berbuat demikian persepsi mereka mungkin akan berubah apabila dijangkiti virus berkenaan.

“Lebih afdal kalau penghasut vaksin itu diletakkan sebilik dan dikuarantin dengan pesakit COVID-19. Nak juga tengok macam mana. Sesuatu untuk difikirkan. Mungkin akan berubah arah selepas itu? Mungkin,” tulisnya lagi.

Dalam satu lagi entri, Catriona turut berkongsikan keratan artikel mengenai Sheikh Abdulrahman Al-Sudais juga sudah pun divaksin. Tidak pasti perkongsian itu ditujukan kepada siapa, tetapi siapa yang makan cili dialah yang rasa pedas.