Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan kanak-kanak berusia 5-12 tahun akan diberi suntikan vaksin jenis Pfizer.
Khairy Jamaluddin berkata, pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut.
BACA: Iqbal Depresi Kerana Video Parodi, Catriona Ross Mohon Maaf
Berita mengenai perkata itu mendapat perhatian pelakon Catriona Ross yang berkongsikan mengenai berita berkenaan di Insta Story miliknya.
Menerusi entri itu, Catriona seolah memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia mungkin mahu melihat anak menteri divaksin dan disiarkan secara langsung di televisyen.
“Mungkin rakyat Malaysia sekarang nak tengok anak anda divaksin di tv nasional dulu,” tulisnya.
Umum mengetahui, sebelum ini panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer-Biontech COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun dengan menyatakan manfaat suntikan itu melebihi risikonya.