fbpx

Cat Farish, Shikin Maembong Nikah Tak Lama Lagi?

Umum mengetahui, penyanyi Cat Farish kini sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Baru-baru ini, perkongsian pasangan itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video sedang membuat trend ala-ala Wes Anderson.

BACA: “Cinta Tak Payah Dicari, Ia Muncul Dengan Sendiri Tepat Pada Masanya…” – Cat Farish

Perkongsian video di Instagram itu turut menjadi bualan seolah ada makna tersembunyi yang pasangan ini mahu kongsikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Farish (@catfarish)

Diruangan komen, ada netizen mendakwa pasangan itu bakal disatukan tidak lama lagi, Malah, ada yang berteka-teki adakah pasangan itu bakal bernikah dalam masa terdekat.

Meskipun tidak mengetahui kesahihan perkara tersebut, ada netizen dilihat mengucapkan tahniah buat pasangan itu. Malah, ucapan berkenaan disambut oleh Shikin dengan ucapan terima kasih.