fbpx

Selepas empat bulan bergelar duda, penyanyi Cat Farish mengakui sedang berkawan rapat dengan kakak kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Menerusi perkongsian di TikTok, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli dilihat tidak lokek berkongsikan videonya bersama Shikin.

BACA: Anak-Anak Restu Hubungan Cat Farish & Shikin Maembong

@catfarish747

Bila perasaan fly muncul tanpa disedari. Bila kita dikejutkan dengan perasaan yang muncul tiba tiba dalam sekelip mata. Betul orang cakap cinta takyah nak cari,ianya muncul dgn sendiri tepat pada masanya tanpa kita sedari dan kita rancang. Semestinya #okayou Sememangnya #okayou #catinlove #babameetdadi #fyp #cekopis #psp #pitstopperut #shikinmaembong @Shikin maembong

? Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

Turut menjadi perhatian kapsyen ditulis oleh penyanyi itu mengatakan bahawa cinta tidak perlu dicari kerana ia akan muncul apabila tepat pada masanya.

“Bila perasaan fly (terbang) muncul tanpa disedari. Bila kita dikejutkan dengan perasaan yang muncul tiba-tiba dalam sekelip mata.

“Betul orang cakap cinta tak payah dicari, ianya muncul dengan sendiri tepat pada masanya tanpa kita sedari dan kita rancang,” tulisnya.

Diruangan komen, Shikin dilihat ada meninggalkan komen sayang awak buat Cat Farish. Sementara itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar dipermudahkan segala urusan buat pasangan itu. 

Terdahulu, Cat berkata hatinya terbuka untuk mengenali Shikin selepas anak-anaknya selesa dengan kehadiran wanita tersebut.