“Carikan Da’i, Pendakwah Yang Utamakan Allah Untuk Saya” – Isteri Hafidz Roshdi
Susulan kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi, isterinya iaitu Nurul Shuhada menjadi perhatian ramai yang bersimpati nasib menimpa ibu kepada dua cahaya mata itu apabila dicederakan suaminya.
Sejak daripada itu, apa saja perkongsian Shuhada pasti akan menjadi tumpuan ramai meskipun ianya hanya gurauan semata-mata.
BACA: Shuhada Umum Berita Hamil Untuk Elak Fitnah
Baru-baru ini, Shuhada dilihat ada memuat naik fotonya tampil manis mengenakan busana serba putih beserta kapsyen dirinya ibarat seorang bidadari.
View this post on Instagram
Shuhada turut menggunakan lagu Doaku Untukmu Sayang nyanyian asal Wali Band sebagai bunyi latar pada hantaran tersebut.
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh Shuhada kepada seorang pengikutnya berseloroh meminta mencarikan dia seorang pendakwah untuk dijadikan jodoh.
Komen Shuhada itu dibalas oleh individu berkenaan dengan mengatakan pasti akan ada jodoh terbaik buat Shuhada.
Sebelum ini, Shuhada mendedahkan dirinya hamil dan usia kandungan sudah pun memasuki minggu. Shuhada berkata tindakannya berkongsikan mengenai berita kehamilan itu untuk mengelakkan fitnah.
pasangan kita tu cerminan diri kita. nak yang helok, kau pun kena helok.
sekian
Dia reply komen secara gurau pun RK cedok buat headline. Cuba la publish cerita yg menarik sikit
Kalau aku laa kan, aku akan jaga tutur kata aku biar jgn nampak mcm desperate nk berlaki. Dh laa tgh berbadan 2. Tiba2 statement bidadari syurga laa… nk suami dai laa…
Kau ni mcm xleh hidup kalau tak berlaki. Tak malu ke post ayat2 mcm tu? Kalau bujang aku paham laa menggeletis lebih, ni ank nk masuk 3 dah. Kau tak rasa ke caption tu kne pilih yg matang, yg intelek, yg xde kaitan nk cari laki. Mcm dlm kepala otak kau ni pikir nk berlaki je ke?