Pelakon Nora Danish menitipkan nasihat buat kaum wanita untuk mencari pasangan yang bukan saja memahami agama malah turut mengamalkannya.
Menerusi satu hantaran di Threads, Nora berkata selain bersangka baik malah perlu melihat sama ada lelaki itu berubah kerana Allah atau sekadar untuk memiliki cinta.
BACA: Nora Danish Suka Lelaki Beriman

“At the end of the day, selain husnuzon, carilah suami yang mampu membimbing kita, yang memahami agama dan berusaha mengamalkannya.
“Belajar dan berubah bersama itu indah. Cuma, kita perlu jujur melihat: adakah dia berubah kerana Allah, atau sekadar untuk memiliki kita?” tulisnya.
Menurut Nora lagi, seandainya lelaki itu berubah hanya untuk mengejar cinta akhirnya diri sendiri yang penat untuk berharap.
“Sebab kalau perubahan itu hanya bertahan selagi dia sedang mengejar, akhirnya kita yang penat berharap,” tulisnya.