fbpx

Cara Jaga Anak Dikritik, Hairul Azreen Tiada Masa Baca Komen Netizen

Meskipun caranya membesarkan anak sering dikritik netizen, bagaimanapun pelakon Hairul Azreen berkata dia tiada masa untuk membaca komen-komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Menurut Hairul, dia dan isterinya, Hanis Zalikha tidak terkesan dengan apa yang diperkatakan dan hanya fokus untuk membesarkan anak-anak mereka serta menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa.

BACA: Hairul Azreen Bangga Dapat Main Badminton Dengan Lee Chong Wei

“Saya tak terfikir pun nak tengok komen-komen negatif netizen yang kritik cara saya jaga anak.

“Saya cuma jaga anak-anak saya dengan cara sendiri. Apa yang saya rasa betul dan tiada masa nak kira apa yang netizen cakap tentang cara kami jaga anak-anak,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hairul beranggapan sebagai seorang selebriti apa sahaja yang dilakukan sering disalah anggap oleh orang sekeliling. Namun, dia tidak pernah melatah dan lakukan yang terbaik buat keluarganya.

“Bila saya dengan keluarga, saya tahu dunia saya tu saja. Bagi saya simple… apa yang saya rasa bagus untuk anak, saya buat la. Bila orang luar cakap apa-apa, ia ibarat kisah dongeng Ayah, Anak Dan Keldai,” katanya.

Terdahulu, tindakan Hairul memegang kaki anak perempuannya iaitu Alisa Aishah yang ketika itu berusia 5 bulan dan membiarkan berdiri di tapak tangan menerima teguran Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor.