fbpx

Hairul Azreen Bangga Dapat Main Badminton Dengan Lee Chong Wei

Berkongsikan momen manis dapat bertemu dan bermain satu gelanggang dengan jaguh badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei, pelakon Hairul Azreen mengakui rasa bangga diberikan peluang tersebut.

Menerusi Instagram, Hairul turut memuat naik gambar dan video aksi beregunya bersama Chong Wei. Hairul berkata ianya kenangan tidak dilupakan dapat bermain dengan pemain lagenda itu kerana sebelum dapat tengok di televisyen sahaja.

BACA: Hairul Azreen Dikecam Tak ‘Study’ Sebelum Temuramah Datuk Lee Chong Wei

https://www.instagram.com/p/CCgiCZYh9DN/?utm_source=ig_embed

Lebih manis, Hairul berkongsikan Chong Wei turut menghadiahkan sepasang raket buat dirinya dan isteri, Hanis Zalikha.

Diruangan komen, rata-rata netizen ternyata gembira kerana dapat melepaskan rindu untuk melihat aksi hebat Chong Wei. Malah, ramai yang cemburu kerana pasangan selebriti itu berpeluang untuk bertemu jaguh negara.

Pada 13 Jun tahun lalu, Datuk Wira Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya selepas 19 tahun mengharumkan nama negara dalam sukan badminton.