fbpx

Caprice Senyap-Senyap Nikah Dengan Wanita Pilihan

Tiada angin tiada ribut, penyanyi rap sensasi, Caprice sudah pun selamat bernikah dengan wanita pilihan hati Farra Inalis yang berusia 26 tahun.

Menerusi laporan mStar Online, seorang pengguna Instagram @yasserpink berkongsi sekeping foto memaparkan Caprice serta pasangan mmengenakan persalinan serba putih di atas pelamin sambil menyarungkan cincin.

BACA: Hampir Sebulan Menyepi, Rupanya Akaun IG Caprice Disekat


Malah, foto perkahwinan Caprice itu turut dikongsi oleh penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz.

Sementara itu, pengurus Caprice yang dikenali sebagai Aiman ketika dihubungi mStar juga tidak dapat mengesahkan mengenai berita berkenaan.

“Saya pun dapat info agak lambat, tak berani nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang dah kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu.

“Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya. Apa yang saya tahu mereka dah berkenalan hampir setahun. Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la kalau dia repost,” katanya.