fbpx

Lebih Dua Bulan Di Mesir, Caprice Balik Malaysia Hari Ini

Selepas lebih dua bulan berada di Mesir dan Jordan, penyanyi rap Caprice akhirnya berangkat pulang ke Malaysia hari ini.

Perkara itu dimaklumkan tengah malam tadi menerusi saluran aplikasi Telegram miliknya. Caprice turut memohon maaf kerana mengambil masa lama untuk balik ke Malaysia.

BACA: Naik Range Rover Di Padang Pasir, Netizen Persoal Jihad Caprice

“Salam Malaysia! Alhamdulillah selepas dua bulan lebih, ini mungkin pengembaraan paling gila sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia.

“Saya minta maaf kerana lewat, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan bahagian tertentu dalam misi saya,” katanya.

Menerusi entri tersebut, Caprice turut memuat naik beberpa posting mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan baharunya di Mesir.

Ujarnya, dia perlu menjalani kuarantin selama 10 hari sebaik sahaja tiba di Malaysia sebelum menguruskan perniagannya yang lama tertangguh. Sementara itu, Caprice berkata dia merancang untuk kembali ke Mesir pada Disember depan.

Terdahulu, Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Julai lalu bagi mengikuti misi bantuan kemanusiaan. Kemudian, Caprice seorang diri ke Mesir pada 23 Julai lalu untuk meneruskan jihadnya. Bagaimanapun sehingga kini dia masuk belum dibenarkan masuk ke Gaza.