fbpx

“Caprice Sebenarnya Pakcik Bawang” – Zarina Anjouline

Sebut je nama Zarina Anjouline, ramai yang tahu pelakon ini sememangnya seorang yang lantang bersuara. Zarina juga seringkali tampil dengan pendapatnya mengenai isu yang berlaku di sekelilingnya.

Terbaru, Zarina mengkritik seorang artis rap yang popular melalui slot Bang Bang menerusi Instagramnya. Menurut Zarina lagi, Caprice adalah pakcik bawang yang sebenarnya kerana jihad yang dilaungkan tidak mencerminkan dirinya yang sebenar.

BACA: Caprice Maki & Carut Haqiem Rusli?

Menerusi Insta Stories tersebut mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Zarina. Ada yang beranggapan Caprice berlagak bagus sedangkan dirinya tidaklah sempurna mana.

Ada beberapa netizen mengatakan Caprice adalah pembuli siber yang sebenarnya walaupun dia antara selebriti yang terlibat dengan kempen memerangi gejala tersebut.

Tidak kurang juga ada yang membuka cerita mengenai sikap Caprice yang dikatakan memilih jika mahu berurusan.  Apa pun, kita nantikan pula jawapan balas dari Caprice.