fbpx

Caprice Maki & Carut Haqiem Rusli?

Setiap yang berada di atas, tidak akan kekal selama-lamanya kerana pasti ada turun naiknya. Selain terjadi sendiri kepada bekas kepimpinan tertinggi negara kita, turun naik ini lebih mudah terarah kepada anak seni. Tidak kisahlah anda memang berbakat atau tidak, jika tersilap langkah memang orang tak hirau sampai sudah.

BACA: Ernie Zakri, Wany Hasrita Bengang Dipergunakan

Kejadian menimpa Wany Hasrita dan Ernie Zakri yang meluahkan rasa bengang terhadap Haqiem Rusli baru-baru ini gara-gara jadi patung di majlis ‘gimik’ pelancaran lagu terbaru Haqiem turut mengundang dan membuka pelbagai kisah berkenaan penyanyi lelaki tersebut.

Malah Caprice yang popular melalui slot Bang Bang di laman Instagramnya turut meluahkan rasa bengang bercampur dengan marah gara-gara Haqiem dan pihak pengurusan didakwa menggunakan isu depresi dan juga pernah menyatakan untuk berundur dari dunia seni berhubung perkara tersebut.

Bagi Caprice yang pernah mengalami sendiri situasi depresi malah ada juga selebriti yang turut memberi sokongan kerana bimbang perkara tersebut memakan diri, menggunakan isu sedemikian sebagai gimik untuk melancarkan lagu baru adalah tidak wajar.

@haqiemrusli98_ shame on you and your whole managment! ?

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Bagaimanapun Caprice memuatnaik video terbaru dengan menyatakan kemaafan berikutan luahan perasaan marahnya itu selain turut menyatakan bahawa isu depresi adalah sesuatu yang serius dan tidak wajar dijadikan bahan pemasaran untuk meraih simpati.

Rasa diperguna dan tertipu mampu membuatkan orang hilang kepercayaan namun bagi peminat fanatik mungkin semua itu adalah tidak mengapa. Haqiem sebelum ini turut beberapa kali dipersoalkan tentang attitude dalam ruangan gosip akhbar arus perdana dan turut menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Fahami survival dunia seni tanah air dan jadikan legenda yang mampu menjaga nama sepanjang zaman tanpa gimik murahan. Jika ada bakat ada tapi attitude ke laut, tak ke mana juga. (rtky/s)