fbpx

Baru-baru ini, perkongsian penyanyi rap Caprice menjadi perhatian ramai dimana dia mengakui sukar untuk bersikap tegas dengan anaknya yang manja.

Kata Caprice lagi, isterinya selalu menegurnya kerana sering memanjakan anak perempuan mereka dan bimbang boleh menyebabkan anak mereka menjadi anak yang nakal bila besar nanti.

BACA: Didakwa Perli Pasukan Penyelamat, Caprice & Fadzil Zahari Kena Sound Dengan Bekas Pegawai TUDM

“Mak dia selalu risau kalau saya mula berkata tidak, dia akan membesar menjadi anak yang manja. Apa pendapat anda? Bagaimana untuk katakan tidak pada kanak-kanak secomelnya?” tulisnya.

Dalam pada itu, Caprice turut meminta nasihat dan tips daripada ibu bapa diluar sana bagaimana untuk katakan tidak pada anaknya.

Perkongsian Caprice itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan nasihat dan cadangan di ruangan komen.

November lalu, Caprice mengejutkan ramai apabila selamat bernikah dengan wanita pilihan hati Farra Inalis, yang juga merupakan ibu tunggal anak satu berasal dari Kelantan.