fbpx

Caprice Isytihar Perang Terhadap Predator Seksual, Munafik

Tamat sahaja kuarantinselama 14 hari, penyanyi rap Caprice mengisytiharkan perang terhadap beberapa golongan yang mencemarkan kesucian agama termasuk pedofilia.

Turut berkongsikan video memotong gelang kuarantin hari ini, Caprice berkata dia tidak akan berhenti selagi individu itu tersebut tidak dibawa ke muka pengadilan.

BACA: Caprice Dedah Terima 60 Ugutan Bunuh

 

“Tomorrow (hari ini) saya bebas. Hari ini adalah permulaan perang saya melawan predator seksual, pedofilia dan orang-orang munafik.

“Saya tidak akan pernah berhenti selagi orang itu tidak meringkuk dalam penjara. Ingat itu,” katanya.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Caprice turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menggangap ugutan bunuh sebagai satu jenaka.

“Korang tunggu. Saya seorang yang penyabar dan takkan mengalah. Apabila kebenaran dirungkai, saya harap kalian bersedia dengan Google Maps atau Waze untuk cari saya di padang mahsyar nanti.

“Dekat dunia, yang berani ugut, kita ada undang-undang. Jumpa Caprice depan-depan dahulu baru selesai,” tulisnya.

Terdahulu, Caprice mendedahkan menerima lebih 60 ugutan bunuh dalam tempoh dua bulan ini. Kata Caprice dia berada dalam pengawasan pihak polis 24 jam sejak kembali ke Malaysia.