fbpx

Caprice Dedah Terima 60 Ugutan Bunuh

Kini sudah pulang ke Malaysia dan masih menjalani kuarantin, sejak dua bulan lalu ada sahaja kontroversi melibatkan penyanyi rap Caprice.

Terbaru, Caprice mendedahkan dia menerima lebih 60 ugutan bunuh dalam tempoh dua bulan ini. Menerusi IG Story, Caprice memuat naik beberapa akaun yang menghantar ugutan menerusi mesej peribadi (DM).

BACA: Sharnaaz Mohon Maaf, Caprice Akui Terlebih Emosi

 

“Saya minta maaf kalau saya terpaksa meluahkan perasaan seperti ini. Dalam masa dua bulan ini, Caprice terima lebih 60 ugutan bunuh.

“Nak jumpa depan gate, nak turun pejabat Caprice, ak ajak jumpa, nak ugut jangan sampai ke Penang dan macam-macam lagi,” katanya.

Kata Caprice lagi, dia berada dalam pengawasan pihak polis 24 jam sejak kembali ke Malaysia. Ujarnya lagi, dia tidak hanya akan berdiam diri sahaja dengan ugutan diterima.

Dalam pada itu, Caprice berkata dia penat untuk menguruskan segala ugutan-ugutan berkenaan yang terlalu banyak apatah lagi dia baru sahaja pulang dan banyak perkara perlu diselesaikan.