fbpx

Caprice Dikecam Jumpa Menteri Kesihatan, Langgar PKP

Selepas mengecam Dr Adham Baba, susulan kenyataan Menteri Kesihatan itu mengenai 500 negara di dunia, penyanyi rap Caprice bagaimanapun telah pun bertemu dengan menteri itu untuk membuat permohonan maaf.

Turut memuat naik foto pertemuan bersama menteri itu, Caprice mengakui tindakannya itu terlalu mengikut perasan. Bagaimanapun, pertemuan itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang beranggapan Caprice seolah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA: PU Amin Bengang Caprice Jadikan Isu PU Abu Bahan Lawak

Kata netizen, jika mahu memohon maaf boleh sahaja membuat panggilan video sedangkan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri boleh sahaja berbincang mengenai hal negara melalui sidang video.

Netizen turut mempersoalkan adakah rakyat boleh keluar sesuka hati untuk berjumpa dengan menteri dan mengapa mereka ini dibiarkan lepas kesana ke sini ketika PKP. Malah, netizen turut ternyata-nyata adakah PKP sebenarnya adalah untuk rakyat bawahan.

Apa pun diharap Caprice ada penjelasan tersendiri mengenai isu ini. Betul juga apa yang dikatakan netizen, jika mahu memohon maaf boleh sahaja dibuat melalui panggilan telefon atau secara terbuka di media sosial dan sebaiknya pertempuan itu ditangguhkan selepas tamat PKP.