fbpx

PU Amin Bengang Caprice Jadikan Isu PU Abu Bahan Lawak

Nama PU Abu kembali hangat diperkatakan apabila pendakwah bebas itu mempunyai skandal baru ketika isterinya, Hana Azraa sedang sarat hamil anak pertama mereka. Perkara itu turut mendapat perhatian Caprice yang rajin mengulas mengenai isu semasa.

Namun berbeza dengan topik PU Abu kali ini, Caprice tidak memberikan sebarang komen sebaliknya dia hanya keluar dari bilik dan menukar memakai jubah putih serta meminta orang ramai untuk banyakkan berzikir.

BACA: “Saya Ambil Masa 10 Tahun Buka Rantai, Jam Emas Rolex”

https://www.instagram.com/p/B7xdAjWhb7h/?utm_source=ig_embed

Bagaimanapun, tindakan Caprice yang memuat naik video berbaur sindiran terhadap isu PU Abu itu mendapat kritikan seorang lagi pendakwah iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin.

Menerusi Instagram, PU Amin meluahkan rasa kesal di atas tindakan Caprice itu yang disifatkan sebagai buli dan menjatuhkan maruah golongan agamawan.

Katanya lagi, Caprice bersikap tidak adil dan sentiasa akan membela rakan-rakan baiknya jika mereka dikecam tetapi apabila ada isu berkaitan pendakwah atau agamawan pasti akan dihentam.

Sebelum ini, Caprice meluahkan rasa bengang dan menggelar PU Amin bodoh apabila menegur penyanyi rap MK K-Clique yang dikecam netizen gara-gara kenyatannya memakai rantai emas kerana minat.