fbpx

Caprice Buat Kejutan Hadiahkan Banglo 3 Tingkat Untuk Ibu

Sebut saja nama Caprice, pasti ramai yang tahu penyanyi rap itu seringkali tampil dengan pendapatnya mengenai isu yang berlaku di sekelilingnya sehingga dilabel ‘pakcik bawang’ dan suka menjaga tepi kain orang.

Tidak dinafikan Caprice mempunyai pengaruh yang kuat dan menjadi inspirasi ramai lebih-lebih lagi golongan muda. Mana tidaknya, di usia muda sudah bergelar usahawan berjaya dan kini diangkat sebagai “pakar motivasi”  memberikan ceramah di sekolah dan universiti.

BACA: Caprice Kecam Kenyataan Bodoh PU Amin

Baru-baru ini, Caprice menerima pujian pengikutnya apabila menghadiahkan banglo tiga tingkat buat ibunya dengan menjual separuh Bang Bang. Menerusi Instagram, Caprice memberitahu dia sudah menyimpan hasrat untuk membelikan rumah untuk ibunya sejak lapan tahun lalu dan kini hasratnya sudah pun tercapai.

https://www.instagram.com/p/BrcNiIRhR2t/?utm_source=ig_embed

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum di atas pencapaiannya itu dan mahu mengikut jejak langkah Caprice suatu hari nanti untuk berbakti kepada ibu bapa. Netizen turut bersetuju dengan kepsyen Caprice, apabila kita menjaga ibu kita, nescaya semuanya akan dipermudahkan.