Baru-baru ini, perkongsian pelakon Amelia Henderson menjadi perhatian ramai yang memuat naik video di aplikasi TikTok merakam rutin hariannya.
Menerusi video itu, menunjukkan transisi wajah Amelia sebelum mengenakan mekap dan selepas.
BACA: Ketiak Dipuji Cerah, Amelia Henderson Tak Ambil Ubat Putih
@ameliath ??
Perkongsian Amelia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu yang tetap cantik meskipun tiada solekan di wajahnya.
Malah, ada yang memuji kulit wajah Amelia yang bersih tanpa cela diwajahnya. Tidak kurang juga ada yang menganggap Amelia merupakan manusia paling sempurna yang pernah mereka lihat.
Terdahulu, ramai yang memuji ketiaknya yang cerah. Amelia menjelaskan dia tidak pernah mengambil sebarang ubat-ubatan untuk memutihkan atau mencerahkan ketiaknya.