Ketiak Dipuji Cerah, Amelia Henderson Tak Ambil Ubat Putih

Pelakon Amelia Henderson menjelaskan dia tidak pernah mengambil sebarang ubat-ubatan untuk memutihkan atau mencerahkan ketiaknya.

Memetik Kosmo, Amelia berkata baginya tidak wajar untuk membandingkan kecerahan bahagian itu dengan orang lain memandangkan dia mempunyai darah campuran.

BACA: Amelia Henderson Warna Rambut Merah Sebab Kecewa Putus Cinta?

Menurut Amelia lagi, dia tidak terfikir untuk mengeluarkan produk untuk ketiak serta tidak menyokong tindakan memutihkan  kulit.

“Antara dua, sama ada saya menangis sebab orang tak nak tengok muka saya, mereka hanya nak tengok ketiak saya ataupun saya keluarkan produk (melibatkan) ketiak dan saya jadi jutawan.

“Jadi, mana satu yang lagi bermanfaat buat kehidupan saya? (tertawa). Tetapi, saya belum ada lagi terfikir nak keluarkan produk untuk ketiak.

“Sebab saya rasa bab-bab kecerahan (ketiak), saya tak berapa sokong. Sebagai seorang yang berdarah campur, janganlah bandingkan kecerahan saya sebab memang saya tiada makan ubat atau buat apa-apa untuk memiliki ketiak putih,” katanya.

Dalam pada itu, Amelia berkata dirinya matang berdepan kecaman netizen apatah lagi sudah berkecimpung dalam dunia hiburan sejak kecil lagi.

“Kita patut sayangi diri kita walau macam mana sekalipun. Benda ini kadang-kadang membuatkan saya sensitif tapi saya perlu paksa otak saya fokus kepada perkara yang positif.

“Saya dah berada dalam industri sangat lama. Dah macam-macam saya dengar bukan sahaja pasal diri sendiri tetapi pasal keluarga. Tetapi, komen orang saya tidak peduli sangat selagi mereka tak sentuh keluarga atau kawan-kawan saya,” ujarnya