fbpx

Butik Terpaksa Ditutup, Wak Doyok Buat Jualan Lelong Serendah RM1

Menerusi Instagram, personaliti fesyen Wak Doyok meluahkan rasa sedih dan berat hati apabila butuk Stavilion miliknya di Seksyen 7, Shah Alam terpaksa ditutup tidak lama lagi. Menurut Wak Doyok amat sukar baginya untuk mengeluarkan arahan butiknya itu akan ditutup.

Lebih sedih, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata dia perlu kuat semangat demi 70 orang para pekerjanya yang sudah hampir tiga tahun berkhidmat di butik tersebut dan mungkin selepas ini mereka perlu mencari kerja lain.

BACA: Wak Doyok Mengaku Tidak Bersalah Guna Lambang Sultan Johor

Berikutan itu Wak Doyok bakal mengadakan jualan lelong untuk semua koleksi serendah RM1 di butik Starvilion mulai hari ini 24 Jun sehingga 5 Julai depan.

Kata Wak Doyok lagi, dia akan berikan sebanyak 5,000 pasang baju Melayu Wak Doyok secara percuma di butik Starvilion dan di website www.starvilion.com.

Menurut Wak Doyok lagi, tidak dilupakan petugas barisan hadapan juga akan diberikan harga istimewa dan baju Melayu percuma.

“24hb Jun – 5hb Julai ni, Starvilion akan clearkan semua stok yang ada, lelong serendah RM1! Wak pun akan sedekahkan 5,000 pasang Baju Melayu Wak Doyok secara PERCUMA di butik Starvilion dan di website www.starvilion.com.

“Kepada Frontliners, jangan lupa datang bawa ID masing masing, ada special rate untuk anda semua dapatkan Baju Melayu secara percuma,” tulisnya.

Dalam pada itu, Wak Doyok turut meminta orang ramai menyokong jualan lelong butiknya itu dan berterima kasih buat mereka yang tidak jemu membeli koleksi di butiknya selepas tiga tahun beroperasi.