fbpx

Wak Doyok Mengaku Tidak Bersalah Guna Lambang Sultan Johor

Astro Awani melaporkan, personaliti fesyen, Wak Doyok dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor hari ini atas pertuduhan menggunakan lambang Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar tanpa kebenaran bagi tujuan persendirian.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Wan Mohd Norhisham Wan Yaakob.

BACA: Wak Doyok Mohon Maaf Salah Guna Lambang Diraja Johor

Wak Doyok yang juga seorang ahli perniagaan didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara minimum setahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, Hakim memerintah dirinya dijamin sebanyak RM35,000 dengan seoarang penjamin manakala sedutan kedua kes ditetapkan pada 15 Jun depan bagi penyerahan dokumen.

Terdahulu, Wak Doyok didakwa menempah dan membeli cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 2018 melalui dalam talian dari sebuah syarikat di Indonesia.

Bagaimanapun, Wak sudah pun membuat memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim .