Filem yang di’terajui Faizal Hussein dan Zahiril Adzim, Bunohan telah di’calonkan untuk kategori Best Foreign Language Film dalam Academy Awards yang ke 85 tahun hadapan.

Bunohan yang merupakan arahan Dain Said itu tersenarai bersama 70 buah filem lain dari pelbagai negara seluruh dunia untuk merebut anugerah berprestij tersebut Februari nanti.


Negara jiran, Indonesia menghantar Sang Penari (The Dancer) yang di’arahkan oleh Ifa Isfansyah yang juga memegang gelaran filem terbaik di Festival Filem Indonesia 2011 yang lalu.


Semestinya kami dan rakyat Malaysia mengharapkan yang terbaik untuk Bunohan di anugerah Oscar tahun hadapan dan anda boleh periksa senarai penuh di’laman rasmi Oscar.