fbpx

Jangan salah anggap, kami suka akan filem ini & sebenarnya sedih dengan angka yang di’catat filem ini di’pawagam baru baru ini.

Bunohan merupakan sebuah filem yang di’nantikan oleh pengkritik juga peminat filem tempatan dek kerana yakin ia’nya menjanjikan suatu kelainan kepada mereka.

Ya, Bunohan tampil hebat selepas tayangan perdana bersama media & para peminat tetapi sehingga hari ini, ia’nya tampak gagal untuk menarik khalayak ke panggung.

Dengan hanya berjaya mengutip RM330,000 untuk 6 hari tayangan Bunohan masih jauh dari angka kos pembikinan filem penuh seni ini, RM1.81 juta. Benar ramalan seorang ahli seni yang kami temui, filem ini bukan untuk di’jual. 

Filem ini masih di’tayangkan di’pawagam & jika anda sayangkan industri filem tempatan dan mahukan karya baik seperti ini lebih banyak di’terbitkan di’masa hadapan, pergi tonton sekarang.