fbpx

Bunga Citra Lestari Belum Mampu Tidur

Masih terasa perit dengan kehilangan suami tersayang, penyanyi Afgan memberitahu isteri Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Cinta Lestari masih belum dapat melelapkan matanya sejak pemergian suami selasa lalu.

BACA: “Ashraf Sering Ke Masjid, Sentiasa Senyum Dengan Jiran”

Afgan yang berkongsikan keadaan terbaru BCL itu selepas menghadiri majlis tahlil arwah Ashraf di kediaman keluarga itu di Pejaten Barat, Jakarta Barat, malam tadi, lapor KOMPAS.com.

“Dia (BCL) beritahu badannya penat, belum tidur. Tadi BCL tampak lebih baik, sudah boleh berbual. Harap ada doktor yang boleh memantau kesihatannya. Noah juga bertambah baik, sudah mula berbual”

“Ramai tetamu membawa anak kecil mereka bersama untuk menemani Noah bermain. Saya tidak percaya berita yang didengar. Saya baru bertemu arwah dua minggu lalu. Pertemuan yang sepatutnya sekejap, menjadi berjam-jam,” katanya.

Majlis tahlil yang berlangsung secara tertutup itu dihadiri ramai selebriti terkenal. Selain Afgan, artis yang datang memberi sokongan kepada BCL adalah Ari Lasso, Marcell, Judika dan ramai lagi. (rtky/w)