Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah atau Dr Fie meminta bukti susulan dakwaan dia berhutang sebanyak RM2.3 juta.
Menerusi komen balas di Threads, Dr Fie meminta untuk membuktikan itu adalah hutang miliknya susulan pendedahan bekas suaminya pengutip hutang datang ke rumah untuk mencarinya.
BACA: Nubhan Dakwa Pengutip hutang Datang Rumah Cari Bekas Isteri

Sementara itu, ada netizen mendakwa hutang tersebut bukan milik Dr Fie sebaliknya suami barunya iaitu Kapten Amrul Nizar.
Tidak hanya berdiam diri, Dr Fie meminta bukti jika benar itu adalah hutang milik suaminya serta meminta agar tidak terus menghukum tanpa tahu perkara sebenar.
Lewat malam tadi, Nubhan memuat naik hantaran memberitahu dia telah membuat laporan polis selepas mendakwa rumahnya didatangi pengutip hutang yang mencari bekas isterinya, Dr Fie. Nubhan berkata laporan polis itu dibuat kerana bimbang keselamatan anak serta keluarganya.