fbpx

“Buktikan Betul Atau Tidak Saya Berada Di Rumah” – Ali Puteh

Baru-baru ini kecoh apabila ada individu mengaku jiran arwah Abam memaklumkan pelawak Ali Puteh ada rumah ketika kakak iparnya, Siti Norhidayah datang ke rumah tersebut.

Memetik Astro Gempak, Ali menyifatkan dakwaan individu itu sebagai satu fitnah serta meminta ‘jiran’ tersebut tampil untuk memberikan bukti.

BACA: “Kami Nampak Korang Semua Memang Ada Dalam Rumah” – Jiran Arwah Abam

“Fitnah makin besar dan makin besar sekarang. Saya minta jiran yang kononnya jiran saya itu tampil ke depan dan pastikan betul atau tidak saya berada di rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Ali menegaskan bahawa dia tidak tinggal di rumah berkenaan serta mempersoalkan bagaimana ada jiran berkata dia ada dirumah tersebut.

“Saya tidak duduk di situ dan tiada di situ. Macam mana jiran kata saya ada di situ? Kalau betul tampil ke depan. Orang kalau betul tak pakai fake account untuk beri komen,” katanya.

Terdahulu, individu mendakwa jiran rumah tersebut berkata mereka tidak Hidayah menabur barang dipercayai perbuatan syirik di rumah tersebut yang didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, akaun kedua-dua individu itu tidak dapat ditemui selepas mengeluarkan kenyataan tersebut dan tidak dapat dipastikan kesahihan perkara itu.