fbpx

“Bukti Peminat Masih Menyokong Saya”

Tahun ini, nama pelakon dan pengacara Neelofa antara yang menjadi perhatian netizen. Walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi, Neelofa masih lagi dilihat sebagai ikon anak muda.

Menang besar di Anugerah MeleTOP 2018, ramai yang mempertikai kemenangan tersebut sehinggakan ada yang menggelarkan Anugerah Neelofa.

BACA: Neelofa Akui Fazura Pesaing Terdekat

Baru-baru ini, dalam satu temu bual bersama Harian Metro, Neelofa memberi kenyataan tentang kemenangannya di anugerah tersebut.

“Lofa tahu kemenangan itu ramai pertikaikan. Macam dia hos, dia menang, apa semua. Tapi tidak adil lah untuk orang bersuara sebegitu sebab ini tahun kelima Lofa mengacara, baru tahun kedua Lofa menang.

“Dan itu semua fans favourite, fans vote dan Lofa sendiri tak sangka untuk this year cause this year persaingan semua sengit dan saya akui,” katanya.

 

 

 

Tambah Neelofa, kuasa mengundi di tangan peminat dan baginya kemenangannya itu adalah bukti peminat masih menyokong dirinya.

“Kita semua tak tahu, tak boleh nak bajet siapa yang akan dapat. Tapi dari situ saya tahu, sebab kan benda benda terjadi, saya rasa peminat saya nak buktikan kan, mereka masih ada untuk saya.

“Kalau tiada peminat saya, saya tak rasa saya boleh menang. Kalau saya buat seorang diri pun, saya tak rasa saya boleh menang,” ujarnya.