fbpx

Neelofa Akui Fazura Pesaing Terdekat

Noor Neelofa yang baru sahaja memenangi Anugerah Top Top MeleTOP (Wanita) jujur mengakui bahawa pelakon Nur Fazura adalah saingannya yang terdekat untuk memenangi kategori utama Top Top MeleTOP dalam Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME2018).

BACA: Di Sekitar Karpet Merah Anugerah MeleTOP ERA 2018

“Pesaing saya sudah tentu nama-nama besar seperti Fazura dan Farah Nabilah. Saya rasa Farah Nabilah sebagai artis baru yang ada beberapa naskhah atau drama yang baru dilakonkan mendapat sambutan yang sangat hebat, dan macam Fazura sendiri merupakan nama yang cukup hebat.

Bahkan, bukan nama asing lagi dalam industri. Lagi pula dia sebelum ini telah memenangi pelakon filem terbaik. Saya rasa tak mustahil dia menang Anugerah itu,” katanya selepas sahaja selesai AME2018.

Sementara itu, Neelofa atau lebih mesra dipanggil dengan Lofa turut berkata dia tidak kisah dengan setiap kecaman atau kritikan yang diperkatakan kepadanya. Baginya, semuanya positif buat dirinya.

“Apa yang penting saya dan team berpuas hati dan saya tahu dress yang saya kenakan pada malam ini cantik. Tak kisahlah apa yang orang nak cakap, kita ambil yang positif,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kemenangannya pada malam ini adalah rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T. kepadanya, walaupun ada segelintir netizen Yang mempertikaikan kemenangannya.

“Rezeki Allah orang tak boleh nak pertikaikan itu. Sejauh mana sekalipun atau berapa banyak duit atau askar-askar yang dikumpulkan untuk mengundi, akhirnya Allah yang tentukan. Saya tak perlukan semua itu, sebab saya mempunyai orang belakang yang kuat, yang sentiasa menyokong saya, walaupun ketika saya dikecam atau dikritik dengan teruk,” katanya mengakhiri perbualan. (rtky/h)