fbpx

“Bukannya Pakai Seksi Tu Pergi Melacur”

Didakwa terpalit dengan aktiviti pelacuran kelas atasan, pelakon Scha Elinnea mengakui tindakan netizen yang cuba menuduh dan mengaitkan dirinya dengan aktiviti haram itu memberi kesan kepada emosinya.

Scha atau nama sebenarnya, Natasha Mohamed Mubeen, 21 tahun berkata, susulan kontroversi ahli keluarganya turut bimbangkan keadaan dirinya kerana mereka tahu dia tidak akan melakukan perkara sedemikian.

BACA: Sering Tayang Foto Seksi, Scha Elinnea Dapat Mesej Lucah Suami Orang

“Keluarga mesti akan telefon tanya. Cuma secara peribadi mereka kenal saya macam mana dari kecil. Mereka tahu saya tak akan buat perkara sedemikian (pelacuran). Mereka tanya sama ada saya okay ke tak, mental break down ke tak sebab hal-hal begini.

“Cumanya, apa yang boleh kata, emosi saya memang terganggu juga sebab tengah bekerja tiba-tiba kena macam ni. Nak pergi set penggambaran pun saya sendiri yang rasa seganlah,” katanya kepada Astro Gempak.

Akui bimbang jika isu negatif tersebut memberi impak kepada tawaran lakonan daripada pihak produksi, bagaimanapun Scha berkata dia akan lebih berhati-hati sebelum berkongsi sebarang gambar di media sosial.

“Saya rasa sebab memang dikaitkan dengan isu seksi. Seksi itu tak ada kaitan pun dengan benda itu sebab seksi itu pemakaian, personaliti seseorang. Bukannya dia pakai seksi tu dia pergi melacur, bukan macam itu.

“Lepas ini kena lebih berhati-hati posting di Instagram, bab pemakaian. Ini kerana kita tak boleh nak tutup mulut orang, jadi kita sendirilah yang kena kawal benda itu,” katanya.