fbpx

“Bukan Tak Teringin Nak Beranak Lagi, Tapi…”

Walaupun sebelum ini pernah memberitahu tidak mahu hamil lagi, bagaimanapun, pelakon Rozita Che Wan mengakui sebenarnya dia mempunyai keinginan untuk menimang cahaya mata lagi selepas melahirkan anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana.

Menerusi Instagram, Che Ta memberitahu dia bukan tidak teringin untuk menambah cahaya mata lagi tetapi usianya yang telah menjangkau 45 tahun membuatkan dia risau untuk hamil lagi.

BACA: Che Ta Dedah Bawa Tukang Masak Peribadi Ketika Bercuti

Namun rata-rata pengikutnya menyokong jika ibu kepada tiga cahaya mata itu hamil lagi dan memberikan kata-kata semangat kepada Che Ta bahawa usia tidak menjadi penghalang.

Bukan itu saja, ramai yang memuji pelakon itu yang masih kelihatan cantik, muda dan seperti anak dara walaupun sudah berusia 40-an.

Sememangnya Che Ta memiliki kecantikan semula jadi. Terdahulu, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini mendedahkan ukuran badan Che Ta yang tidak pernah berubah sejak menggayakan pakaiannya 13 tahun lalu.