“Bukan Susu Badan Sendiri, Tapi Kawan Saya Punya”
Sebelum ini, Shuib Sepahtu mendedahkan hasrat pelakon Syatilla Melvin yang menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan kepada anak pramatangnya.
Bagaimanapun, Syatilla tampil menjelaskan kekeliruan tersebut bahawa tawaran itu bukanlah daripada susu badannya tetapi rakan baiknya yang baru lepas berpantang.
BACA: Syatilla Melvin Tawar Nak Jadi Ibu Susuan Ayash Affan
“Mungkin dalam keadaan dia (Shuib) yang masih lagi bersedih dan sugul, dia hanya membaca mesej secara sekali imbas sahaja. Dalam sesi live semalam, ramai netizen fikir saya yang menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan kepada Ayash.
“Anak saya yang bongsu pun sudah berusia dua tahun setengah, jadi amat mustahil untuk saya masih ada susu badan,” katanya kepada Kosmo!
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Syatilla turut memuat naik mesej perbualannya dengan Shuib sekaligus menjelaskan salah faham berlaku.
Dalam pada itu, Syatilla turut memberitahu dia juga memberi susu badannya kepada mereka yang memerlukan setiap kali melahirkan cahaya mata.
“Alhamdulillah sewaktu melahirkan kedua-dua anak, susu badan memang banyak sampai saya ada beri kepada beberapa ibu yang ketiadaan susu untuk keperluan bayi mereka.
“Tapi itulah kesilapan saya kerana saya tidak tahu dan kenal secara peribadi individu yang saya berikan susu badan sebelum ini. Niat saya hanya mahu bersedekah dan memudahkan urusan orang lain,” ujarnya.
Terdahulu, Shuib berkata ramai yang menawarkan diri untuk memberikan susu mereka termasuk pelakon Syatilla Melvin iaitu isteri kepada Shaheizy Sam, namun dia perlu merujuk kepada ustaz terlebih dahulu mengenai perkara itu.
- SUMBER
- Kosmo!
Kena hati2 n track betol2 baby mana yg minum susu badan yg disedekahkan. Tahu nama penuh dia. Takut lost contact nnt. Sebb dia akan effect keturunan. Baby yg minum tu akan jd anak susuan. Anak susuan x blh kawen dgn anak kepada ibu susuan. Dah jd adik beradik. Kita tak tahu in future kalau2 mereka terjatuh hati sesama sendiri tanpa tahu mereka adalah adik beradik susuan. Moga ini memberi kesedaran. Tya ustaz dan ustazah yg lebih tahu. Salam.
Nak buat baik tapi kena ada ilmu agama. Jgn sesuka hati sedekah susu nenen ko dekk oiii.. kalo anak org tu kenyang berkali2 bdk tu dh jd anak susuan ko. Dh besar kalo anak ko bercinta dan nak kawen dgn anak susuan ko tu dah kira haram.
Syarat jadi anak susuan ialah :
“Bayi pula haruslah berusia kurang dua tahun dan susu digunakan adalah susu ibu berkenaan. Untuk melengkapkan syarat anak susuan, ibu perlu menyusukan bayi berkenaan sekurang-kurangnya lima kali kenyang. Pemberian susu boleh dibuat sama ada secara terus, menggunakan botol ataupun cawan,”
Isu ni lebih kompleks sebenarnya yeee. Bkn sewenang je bg susu kat anak org…Jagalah pergaulan dan paling penting, ketahui bahawa anak susuan juga punya hak untuk hibah atau wasiat. Jangan kita hanya mahu mudahkan urusan anak-ibu angkat atau anak-ayah angkat, tetapi menidakkan hak mereka di akhir kelak.
MU INGAT SUKA2 EH NAK BAGI SUSU BADAN?????
MU INGAT MU NI BINI MAT SALLEH SUKA2 KASI SUSU BADAN????
TAK FIKIR JAUH KE???? KANG BUDAK2 TU DAH BESARRR SEKALI JATUH CINTA… SIAPER NAK JAWABBBB????
NIAT TU BAIK TAPI OTAK TAKMO MATI BOLEH……?
Cari susu sedara terdekat .klau xde, susu formula jelh..jgn nk bg sembarangn susu bdn takut nnti dh beso terkawin adik beradik susuan..lg bahaya..soeb ni mcm2 lh..mcm dia sorang je yg kehilangan isteri..meratap merintih setiap ms bt live nk bg semua org tau …mcm amik kesempatan atas kematian isteri..peliklh ko ni..soeb2..
Ish ko ni jgn ckp mcm org tkde otak. Ckp berada b sikit. Org tu bru kematian isteri. Mna2 org p klu kehilgn org yg dia syg mmg la kne ambik masa. Ko dh kwin? Partner ko ada yg dh mnggl ke? Atau mk ayah ko msih sht lg skrg? Jga mulut. Jgn smpi brbalik pd diri sdri
AL-KISAH DICELAH2 KEHIDUPAN..-
saya tahu susu ibu amat2 diutamakan, jika ibu kndung yg melahirkan dah tiada, dan kalau x yakin org lain punya susu, tak slh guna susu formula..” yg mahal2 byk dan berkualiti”.
Kalau dkt cepital tu pun, ada je susu yg disediakan hospital utk bayi yg ditingglkan atau bayi yang x dpt myusu susu bdn ibu buat sementara, jnji bayi tu kenyang, lpas tu tidurlah bayi tu jika dh knyang. Aku dulupun punyalah ssh nk kuarkan susu, hanya 2 bulan je dpt bagi susu bdn, selebihnya susu formula “sbb kerja”. .skrg dah 8 tahun dah umur ..dlm kelas alhamdulillah..beljr dpt no 2, dan ada juga no1.., pelajar pintar setakat ini..hehehehhe..(sebelum pandemik).
Adik saya pulak x kerja, puting susu tenggelam, nk bgi susu ibupun x boleh, last2 susu formula jugak..alhmdulillah..mmbesar jugak dgn baik nya..
Aah ISH ni nak kecam orang je la ..biarla dia nk luah hati dia…mana tau sok lusa ALLAH pulak uji ko…tak suka jangan tengok.. semua nk dikecam pelik netizen malaysia ni
bayikan biasanya kalau dh rasa susu formula tetiba susu badan..mgkn terkebil2 nak bezakan puting susu bdn atau puting susu plastik..x caya tengok.., jgn lmbat2 kalau nk bgi susu badan..nnti dia “confuse”dan pandai bezakan taw..nangis nnti menjerit2 setaman dengar
Myatilla Selvin, ko jgn nak buat hal sbb dah ramai kat 1mesia kawen adik beradik, ada yg dah beranak baru tahu pun ramai. Ko buat camni nanti bertambah lg keturunan sukar ni. Oleh sbb ati ko mulia ngat nak berbakti kpd masyarakat ko beli je susu bayi dlm tin banyak2 (kira menyamai susu perah kamu) pastu ko berilah pada sape2 pun. Tak perlu tahu name bayi penerima susu kamu tu sbb kalu bayi tu satu hari nanti kawen ngan anak kamu takde hal, sah.
tak ada yg free dlm dunia ni..semua berbayorr..
…u know what i mean..