fbpx

“Bukan Suami Awak Tepuk Punggung Saya” – Ifa Raziah

Baru-baru ini hangat diperkatakan video memaparkan usahawan kosmetik dan selebriti sensasi menari di TikTok dan menunjukkan punggung mereka di khalayak ramai.

Apa yang menimbulkan rasa kurang senan netizen apabila usahawan sensasi, Kak KM bertindak menepuk punggung mereka seolah mahu ‘menguji kehebatan aset’ mereka.

BACA: Netizen Tegur Aksi Goyang, Tepuk Punggung Pengasas Produk

Memetik mStar Online, penyanyi Ifa Raziah berkata aksi yang dilakukan mereka itu hanya gurauan dan perkara biasa setiap kali mereka berjumpa.

“Kami tak buat perkara yang melampau. Bukannya saya berbogel atau selak kain hingga nampak bagaian yang tidak sepatutnya

“Video itu hanyalah sekadar gurauan antara kami apabila berjumpa. Itu cara kami gembirakan diri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa berkata aksi tersebut dibuat atas persetujuan bersama. Ifa juga menolak kononnya perbuatan tersebut boleh menjatuhkan maruah wanita.

“Rasanya ada juga wanita lain yang buat aksi sama seperti mana kami lakukan. Apa salahnya video tersebut? Bukannya suami awak yang tepuk punggung saya. Perbuatan itu dilakukan sesama wanita.

“Terima kasih kerana viralkan video tersebut. Saya tidak membaca komen kecaman di media sosial sebab malas nak layan,” katanya.

Terdahulu, video itu dikecam teruk oleh netizen serta menyifatkan aksi tersebut seolah tiada maruah dan dikatakan semakin melampau.