fbpx

“Bukan Saya Yang Gosok Baju Dia, Bibik Yang Buat” – Adira

Penyanyi Adira Suhaimi berkata dia nekad dengan keputusannya secara baik untuk kebaikan empat orang cahaya matanya dan sudah lama berfikir mengenai perkara itu.

Memetik Kosmo, Adira berkata sebelum ini dia rujuk kembali dengan suaminya, Datuk Red adalah kerana anak dan setakat ini dia tetap mahu meneruskan perceraian.

BACA: Datuk Red Datang Mahkamah Hanya Naik Kapcai

“Saya sebenarnya sudah lama fikir tentang anak-anak, sekarang ini semua yang berlaku pun kerana memikirkan kepentingan anak-anak.

“Dahulu saya rujuk pun sebab anak-anak kami, tiada sebab lain selain mereka. Setakat ini keputusan saya tetap sama untuk meneruskan perceraian ini, tidak akan berubah apa pun,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Red berkata dia percaya rumah tangga mereka dapat diselamatkan lagi apatah lagi mereka masih tinggal sebumbung. Malah, Datuk Red memaklumkan bajunya yang dipakai hadir ke mahkamah digosok oleh Adira.

Bagaimanapun, Adira menafikan kenyataan suaminya itu sebaliknya baju tersebut disiapkan oleh pembantu rumah serta tetap dengan keputusannya itu untuk berpisah.

“Bukan saya yang gosok baju itu, bibik (pembantu) yang buat tapi betul kami masih serumah. Dekat rumah pun memang ada komunikasi antara saya dan dia, tidaklah bermasam muka.

“Tapi seperti saya cakap berulang kali sebelum ini, walau macam mana sekali pun, keputusan saya tetap sama (cerai). Itu sahaja yang saya boleh kongsikan setakat ini,” katanya.