fbpx

“Bukan Saya Buka Tudung Lepas Cerai”

Sedang hangat diperkatakan mengenai rumah tangganya, timbul pula dakwaan Lufya Omar dikatakan membuka tudung selepas bercerai. Perkara itu timbul apabila ada netizen keliru antara dirinya dengan Zarina Anjoulie yang mengumumkan membuka tudung baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lufya menafikan dakwaan tersebut dan tampil memberi penjelasan selepas menerima beberapa mesej peribadi daripada netizen tentang perkara itu.

BACA: “Dia Bukan Gay, Malah Sangat Benci Kaum Tersebut”

“Terpaksa jelaskan yang ‘direct mesej’ (DM) tanya ramai sangat. Terpaksa jelaskan bukan saya dalam video yang mengumumkan buka tudung lepas bercerai.

“Saya pakai tudung sebelum kenal dgn suami lagi dan Insya-Allah akan kekal sampai akhir nafas saya, amin. Hijab itu bukan menandakan kita baik, alim atau bagus dari orang lain. Kita semua pendosa bukan maksum.

“Jangan kerana kekecewaan kita terhadap manusia, kita sampai menderhaka kepada perintah Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Lufya turut berharap agar dirinya kuat menempuh dugaan. Untuk rekod, ini bukan kali pertama peminat keliru antara Lufya dan Zarina. Malah ramai yang beranggapan mereka seperti adik beradik kembar.