“Bukan Saja Ada PhD, Tapi Azra Juga Datuk Seri”- Azri Iskandar
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera.
Memetik MalaysiaKini, Azri berkata bakal isteriya itu bukan sahaja memiliki kelulusan akademik doktor falsafah (PHD) malah turut bergelar Datuk Seri.
BACA: Netizen Geli Dengar Azri Iskandar Panggil Kekasih Baby
“Nama dia Datuk Seri Dr Azra Diera. Saya pada awal tak tahu pun tapi Azra secara tak sengaja mengirim mesej perbualan daripada makciknya kepada saya.
“Dia pada ketika tu ingin menunjukkan mesej bahawa makciknya menasihatkan dia supaya tampil ke depan bagi membersihkan imejnya kerana terlalu banyak cerita tak enak berkaitan dirinya.
“Selepas diselidik, rupa-rupanya dia memiliki pangkat Datuk Seri itu kerana banyak melakukan tugas-tugas kebajikan pada masyarakat,” katanya.
Menurut Azri lagi, atas nasihat kedua bakal ibu bapa mentuanya meminta agar wajah dan identiti Azra didedahkan sebaik sahaja mereka sah bergelar suami isteri.
“Azra seorang yang merendah diri, dengan saya sendiri pun dia tak mahu beritahu mengenai gelaran tu. Dia cakap jika pergi ke pejabatnya nanti pekerja-pekerja akan menggelarnya Datuk hanya untuk urusan perniagaan.
“Tapi saya pun fikir, takkanlah dia nak tipu pekerja-pekerjanya dan bila berada di pejabatnya, saya nampak pingat itu ada diletakkan atas meja,” katanya.
Dalam pada itu, Azri memaklumkan dia sudah pun bertemu dengan ibu bapa Azra di Perlis pada 24 Jun lalu dan sudah pun mendapat restu daripada mereka.
“Alhamdulillah, tiada masalah walaupun timbul pelbagai kontroversi. Kedua ibu dan bapa Azra dah bagi green light pada saya. Cuma saya belum boleh memberi tarikh rasmi kerana makcik saya yang akan meminangkan dia untuk saya sedang sakit.
“Tunggu bila makcik saya kembali sihat Insya-Allah, segala urusan akan dilangsungkan, doakan urusan kami dipermudahkan,” katanya.
Terdahulu, Ellie Suriaty mencabar kekasih bekas suaminya bernama Dr Azra munculkan diri selepas meragui tentang kewujudan wanita itu.
- SUMBER
- MalaysiaKini
Datuk Sri BELIkn??? TAK HERAN!!!!
ahh sudahh..makin nmpk mcm ke arah scammer tu.harapnye2 bukanla.kang klu betul.abislaaa.bersorakla makcik elly.
Ini dia ckp last week punya sembang la.
Dlm portal lain, dah diBongkar siapa sebenarnya si catfish nih Foto2 bebi zera myeberiting tu dah bergentayang….huhuhuu ..acik elly bertiang jauh lebih cun dari si catfish nih. Tulah membongak sgt..dok memghina2..kan dh mendapat.
Sian pokcik zeri..padanlah tu..hihii.
Nanti bila ko dah kawen kitorang akan panggil ko Datin Seri hokey?
scammer ke apa lantak dia lah dah dia yg nak jd mcm tu..si ex bini pn takyah la duk risau duk pikirkn skrg dan kedepan pikir diri sendiri dn anak2 sudeh..brapa lama dah perhambakan diri utk jantz mcm ni.. not worth it at all.. tgk dari jauh sambil makan popcorn sudah..sampai ke mana dia blh pegi..edah si ex blm hbis dia dah gebang psl gf
baca kat cariforum. lagi update uolssss
dah terdedah identiti azra tu.
dah jmpa pun, betullah tu
nanti kalau kawen dgn datuk tu..azri title tukar jadi datin ke?..tanya je..
semoga bahagia…
disclaimer..aku tk ckp mana2 individu .saje berkongsi..aku ada kawan ..datuk beli..dr pun beli
Desperate man..kejar pangkat dan harta orang…
Lelaki kn cr harta sendiri..jgn asyik berangan nk tumpang senang pompuan..br lh bermaruah..