Netizen Geli Dengar Azri Iskandar Panggil Kekasih Baby
Pasti ramai tahu, sejak dua minggu lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Azri Iskandar mengesahkan bakal berkahwin dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera.
Baru-baru ini, menerusi temubual bersama Melodi, Azri menghubungi kekasihnya itu bagi menjawab pertanyaan serta membuktikan Azra benar-benar wujud dan bukan gimik semata-mata.
BACA: Ibu Kekasih Pengsan, Azri Iskandar Nak Saman Wanita ‘F’ & Portal Berita
Azra pada awalnya menjawab panggilan Azri namun sebaik sahaja mengetahui panggilan itu dirakam, Azra memaklumkan bahawa dia sedang menjalani penggambaran. Malah, wanita itu juga segera meletakkan telefon.
Turut menjadi perhatian dalam temubual tersebut adalah Azri memanggil kekasihnya itu dengan panggilan baby.
Diruangan komen Facebook TV3 Malaysia, ada segelintir netizen geli mendengar nama panggilan tersebut apatah lagi sudah tua. Tidak kurang juga, masih ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Dr Azra itu sebenarnya.
Terdahulu, Ellie Suriaty mencabar kekasih bekas suaminya bernama Dr Azra munculkan diri selepas meragui tentang kewujudan wanita itu. Menurut Ellie lagi, dia tidak menghalang bekas suaminya berkahwin lagi namun bimbang jika ia adalah love scam.
- SUMBER
- Facebook TV3 Malaysia
Kalau tak silap, Dr phd mesti ada thesis yg dah di publish pihak universiti? Dan boleh di google scholar?
Ke i salah?
Jeng jeng jeng sesuatu sgt
Alaa.. apa nak dihairankan dgn PhD. Tukang masak pun dulu ada PhD tp sekarang dah ilang dah PhD dia.
Alahh netizen..biarlah gelaran baby pun. Tu cara org bercinta tunjukkan.emosi. korang kau aku jerk lah tue..kan ustaz cakap panggilan jerk dah tau syg kau. Nie jiran aku kau aku kau aku..manis pun podah kasar anak beranak puihh
Kata dah “hang up”. Why da hell di smbg lg convo tu? ..(ok tq bebi..tk carr ilurfyu..huhu)?
Gue dok pahe
Eleh…. Tipu
hahaha aku pun terpk yg sama.pompuan tu dah letak kot.still lagi ckp sorry baby i love u bagai.lebih kpd nk tunjuk and sakitkan hati elly tu la nk bgtau azra tu dia syg gile kot??
dah mereng dia ni
kita tengok jelah apa dia auta lg lps nih
haha.. apa kono eh kau azrii ooi.. dah letak tepon kot. apsal sambung cakap..haha. tergelak tersembur air milo aku. kot iyepun kemaruk cintun, gila tu simpan skit. kang, kot botoi ko kono scam, mano nak letak muke eh jang.
Bodo la korang ni.. Tu kan saje promo utk telemovie akan datang.. Azri tgh shoot.. Tajuk drama cintaku scammer dari nigeria.. Pelakon dia watak utama azri.. Watak wanita afrika tu mamak puteh
jgn kene Catfish sudah.
janji abg azri bahagia