fbpx

“Bukan Pulaukan Dia, Kami Tak Diberikan Ruang Untuk …”

Menerusi satu sidang media diadakan, kumpulan Forteen menafikan pihaknya memulaukan salah seorang anggota kumpulan mereka, Izzue Islam. Menurut mereka, apa yang berlaku hanyalah salah faham kecil mengenai permilihan lagu.

BACA: “Bukan Pertama Kali Ahli Forteen Lain Pulaukan Saya”

Ariz yang mewakili ahli kumpulan Forteen berkata, tindakan Izzue hingga mahu menarik diri dari kumpulan mereka membuatkan mereka terkejut kerana ianya berpunca dengan salah faham kecil sahaja.

“Kami agak terkejut dia keluarkan kenyataan dipulaukan oleh anggota yang lain sedangkan kami tidak diberikan ruang untuk bercakap. Masalah yang dihadapi tidak besar mana, mungkin dia salah faham mengenai pemilihan lagu di ‘Gegar Vaganza Party Road to Finale’”

“Dia beranggapan kami tidak mendengar pendapatnya tentang pemilihan lagu dan belum sempat kami nak kata apa-apa mengenai lagu yang dipilih, dia terus mendiamkan diri dan tiga hari selepas itu dia buat keputusan untuk mengundurkan diri,” jelas mereka.

Menurut Ariz, sudah tujuh tahun mereka bersama dan sentiasa berbincang tentang masalah yang dihadapi, tetapi jelasnya kali ini tiada perbincangan langsung dari pihak Izzue tentang keputusannya untuk menarik diri. (rtky/w)