fbpx

“Bukan Pertama Kali Ahli Forteen Lain Pulaukan Saya”

Selepas membuat keputusan untuk keluar dari kumpulan Forteen, Izzue Islam mendedahkan yang beliau sering dipulaukan oleh ahli kumpulan yang lain dan itu merupakan salah satu sebab beliau mahu membawa haluan sendiri.

Izzue Islam turut mendakwa yang Forteen mengadakan sidang media hari ini tanpa memaklumkan apa apa kepada dirinya dan sidang media itu difahamkan untuk menjawab isu pelakon dan penyanyi ini yang menarik diri.

BACA: Tidak Ada Persefahaman Punca Izzue Islam Mahu Keluar Forteen

“Tempoh hari, ketika berada di final musim kelima Gegar Vaganza (GV5), mereka buat saya macam tak wujud. Usahkan tegur, bersalam pun tidak sedangkan dengan orang lain boleh pula mereka bercakap seperti biasa”

“Saya faham, adalah normal dalam sesebuah kumpulan berselisih pendapat, cuma andai tiada lagi persefahaman hingga tidak bercakap, lebih baik saya berundur. Kalau tak (buat) sekarang, esok lusa kalau jadi (dipulaukan) lagi, saya tetap keluar,” ujar Izzue Islam.

Ahli kumpulan Forteen yang lain sebelum ini mendakwa yang Izzue Islam membuat keputusan sendiri untuk keluar tanpa berbincang dengan mereka terlebih dahulu. (rtky/m)