Tampil berhijab sepanjang bulan Ramadan lalu, tertanya ramai yang gembira dan memberikan sokongan buat Zizi Kirana. Malah ramai memuji penyanyi itu kelihatan ayu berbanding dengan imej seksinya.
Meskipun sudah menjelaskan penampilannya berhijab adalah bagi menghormati bulan Ramadan, namun masih ramai netizen yang mengkritik imejnya.
BACA: Netizen Tak Keruan Zizi Kirana ‘Payung’ Gambar Lurah
“Sebelum ini ada yang mewujudkan #30dayshijabchallenge sepanjang Ramadan lalu dan ada yang meminta saya untuk berbuat demikian.
“Lalu saya fikir, bagus juga carab tersebut kerana ia secara tidak langsung menggalakkan kita untuk menutup aurat di bulan Ramadan.
“Walaupun saya berhijab dan berpekaian sopan, saya tetap terima mesej yang bukan-bukan, siap hantar yang ‘seram’,” katanya kepada Media Hiburan.
Kata Zizi lagi, meskipun berhijab dan berpakain sopan masih ada lelaki miang meninggalkan komen mengatakan dia tetap kelihatan seksi.
“Ada yang siap komen kata saya ni pakai tudung pun nampak seksi. Sebenarnya bukan pakaian aku bermasalah, jiwa kau yang bermasalah mentaliti kau yang bermasalah.
“Jadi saya rasa tak ada point pun kalau ada yang nak marahkan saya. Sebabnya, orang diluar sana pun kena betulkan diri sendiri dulu,” katanya.