fbpx

Netizen Tak Keruan Zizi Kirana ‘Payung’ Gambar Lurah

Sinonim dengan imej seksi, ramai yang gembira dan memuji penampilan penyanyi Zizi Kirana yang tampil berhijab sepanjang bulan Ramadan lalu.

Bagaimanapun, baru saja selesai sebulan beraya, nampaknya nama Zizi sekali lagi menjadi bualan ramai apabila penyanyi itu ada  berkongsikan sekeping gambar panas dimana kelihatan lurah dan bahagian dadanya.

BACA: “Sebelum Ini Saya Bertudung Kerana Hormati Ramadan”

Seperti sudah dijangka, foto tersebut dihujani dengan komen berbaur lucah daripada lelaki miang. Malah ada yang memberikan komen nakal dengan mengucapkan terima kasih kerana ‘belanja’ gambar tersebut.

Dalam pada itu, ada yang menitipkan nasihat buat Zizi dan mengatakan alangkah bagus jika bulan Ramadan sepanjang tahun.