Bekas isteri penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah mengesahkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniaagaan pada 2 Ogos lalu.

Memetik mStar Online, Dr Fie berkata dia dan bakal suami akan diijabkabulkan dalam masa terdekat. Berkongsikan mengenai perkenalannya dengan tunangnya, dia mengenali lelaki itu menerusi rakan artis iaitu Lufya Omar.

BACA: Dr Fie Sahkan Sudah Bertunang, Belum Sedia ‘Reveal’ Bakal Suami

“Saya bukanlah mahu berahsia sangat tapi jika sudah tiba masanya nanti saya akan maklumkan kepada semua,” katanya.

Sementara itu, Dr Fie berkata perkongsiannya mengenai pertunangan itu adalah bagi mengelakkan fitnah apabila mereka keluar bersama.

Apabila ditanya mengenai rekasi bekas suaminya, Dr Fie berkata dia tidak memaklumkan mengenai perancangan untuk bergelar isteri semula.

“Saya pun tak ada block dia (Nubhan) di media sosial, cuma saya tidaklah maklumkan yang bakal berkahwin lag. Niat saya uar-uarkan pertunangan bukan atas dasar nak menunjuk pada dia (tapi lebih kepada mahu elakkan fitnah.” katanya.

Dalam pada itu, Dr Fie berkata bakal suaminya berstatus dua anak empat dan dia mengakui mencari hubungan yang ‘stabil’.

“Saya ada anak kecil dan dia pun ada anak sendiri. Saya rasa kami dah ada keluarga yang lengkap. Saya mencari perhubungan yang lebih stabil. Saya pun tak rasa macam nak ada anak lagi, kita nak rasa macam honeymoon all the time,” katanya.

Sumber: mStar Online

×