Bukan Lagi Pelakon Kayu, Lakonan Fattah Amin Dalam Mat Kilau Dipuji
Sebelum ini pernah digelar pelakon kayu, namun kini ramai yang memuji lakonan Fattah Amin yang dilihat semakin hebat lebih-lebih dalam filem Mat Kilau.
Kemunculan Fattah dalam filem tersebut mendapat pujian ramai apatah lagi selepas pelakon itu menonjolkan tahap lakonan yang mengagumkan.
BACA: Fazura Tayang Fattah Amin Bagi Hadiah, Netizen Tuduh Nak Lawan Suami Siapa Terbaik Ke?
Memegang watak sebagai Awang iaitu seorang pahlawan yang handal memanah mendapat pujian ramai di media sosial.
Menerusi Twitter, rata-rata netizen mengagumi mutu lakonan Fattah yang jauh berbeza jika dibandingkan ketika awal kemunculannya dalam industri.
Malah, penonton turut memuji skil seni mempertahankan diri Fattah iaitu silat dan aksi memanah yang dipaparkan.
“Man went from pelakon kayu to becoming Hawkeye Tanah Melayu,” komen seorang netizen.
“Saya harus puji Fattah Amin, lakonan dan babak berlawan dia sangat bagus. Dah hilang imej ‘mat bunga’ dia. 1000/10 untuk dia,” komen seorang lagi netizen.
Dalam pada itu, ada netizen mengatakan Fattah sangat bertuah kerana memiliki isteri seperti Nur Fazura yang sentiasa memberikan sokongan serta memperbaiki diri untuk melakukan yang terbaik dalam kerjaya.
- SUMBER
- Kosmo!
BURUK MUKA SI TIMAH TU. BERIYER UP VIDEO ANAK. KALAU MUKAK ANAK COMEL SEJUK GAK NAK TENGOK. INI KALAU MUKA ANAK TU TAK COMEL TAK BOLEH GO. KO SIMPAN JER LAH.
SPEAKING2 BAGAI. TERFEELING PALING CLASS LA TU.
Tak sabar nak gi tengok wayang ..Thor love and Thunder ?
tak kesah dengan Mat Kilau Mat silau. tapi muka Patimah tu mmg tak comel tak cute. yeww tak lalu lah muka anak dia tu.
pazurah tu jgn lah peeling anak tu macam korang ni golongan bangsawan kerabat england. ko tu pelakon je.