Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose Akan Kembali Dalam Versi Filem
Ramai sebenarnya suka gandingan menjadi antara Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose ketika mereka sama sama menjayakan drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sekitar tahun 2013 yang lalu.
Boleh dikatakan sepanjang siaran drama tersebut, ada sahaja kontroversi yang melanda pasangan ini termasuklah insiden cemburu buta oleh Qi Razali yang ketika itu masih bergelar kekasih kepada Nelydia Senrose.
BACA: Nelydia Senrose Mengakui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Keterlaluan
Nampaknya para peminat akan dapat sekali lagi menyaksikan gandingn hebat ini apabila Bukan Kerana Aku Tak Cinta akan diangkat ke layar perak dan memulakan penggambaran pada Mei kelak — dan sebahagiannya akan mengambil tempat di New York.
“Saya sendiri tak sangka selepas drama ini mendapat sambutan di TV, ia akan diangkat pula ke layar perak. Saya memang teruja dengan perkembangan ini. Insya-Allah penggambaran akan bermula pada Mei nanti,” ujar Sharnaaz Ahmad.
“Sebagai persediaan, sejak seminggu lalu saya sudah kembali ke gimnasium untuk membentuk badan. Cuma saat ini saya belum tahu jalan cerita untuk versi filem. Bagaimanapun, apabila menjalani penggambaran sampai ke New York barangkali ada sesuatu yang menarik”
Mengimbas kembali kontroversi yang pernah melanda, Sharnaaz Ahmad berkata yang beliau tiada masalah untuk terus berlakon dengan Nelydia Senrose kerana menganggap gadis itu seorang pelakon yang berbakat. (rtky/m)
niee yang ceq tak sabaq nk tunggu nihhhh .. *Mak Kiahh a.k.a timah
Gandingan pelakon yang sangat baik. Sekiranya dalam reality mereka ada jodoh bersama memang sangat sesuai. Sharnaaz dan Nelydia gandingan pelakon yang sangat hebat dan menjadi. Izzue dan Tiz juga adalah gandingan pelakon yang sangat baik dan menjadi. Ramai peminat suka melihat mereka berlakon lagi bersama dalam drama dan filem.
Betul sgt2….(:
Serius x sabar nk tgk!!! Abg JEBAT is back.. Rindu Jebat dan Mastura… Lakonan diorang mmg natural sgt2… Haish… Sweet gilosssss! Hehehe.. #Jebatfoo #hannahmastura
buat filem sampai ke new york?? Jalan cerita bagaimane pulak… ye lah dah ada sponsor untuk lakon di sana. Kini nampak media nak popularisasi new york pulak…. selepas london. Nak kaum kita mengembara ke sana cari rezeki kut macam lofar.
Aku tunggu….! #akusukasukasuka.
Wowww…gandingan yg sangat hebat dan sangat dinantikan…good luck both of u..
Tp di alam nyata nelydia dah ada kekasih, sharnaaz pun dah ada kekasih….masih serasi kah mereka di layar nnti…? Takut xmenjadi plk…
cubala ubah tjuk ke Bukan Kerana ND.LALA aku tetap mencinta
Besar jugak kopek nelydia ni
Tak sabo nak tengok filem ni…mesti bes dorang ni sbb sesuai sangat belakun bersama…nelynaaz forever..hehe
Hero dan heroin paling best kat malaysia ni….
ABANGJEBAAAAATTTT!!!!!!!!!!<3 :3
Masturaaaaa..!!!! i miss u??
Yessss….i like..jebatmas..
Best drama ever