fbpx

“Bukan Ambil Kesempatan Isu Putus Tunang”

Didakwa menyimbah bara api di dalam isu putus tunang diantara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi, Fathia Latiff menjelaskan niatnya bukanlah untuk mengambil kesempatan atas isu terbabit. Lagu versi balas itu hanyalah sekadar hiburan saja.

BACA: Peminat Persoal Niat Fathia Latiff Tuju Lagu Buat Elfira Loy

“Saya ada terbaca kisah mereka di laman sosial. Jadi, saya saja mencuba untuk menukar lirik lagu Di Matamu versi balasan. Memang tak ada niat nak ambil kesempatan dengan kisah mereka. Hanya sekadar hiburan sahaja”

Dalam masa yang sama, Fathia hairan dengan respon netizen yang melebih-lebih memarahi beliau diatas isu terbabit sedangkan Elfira sendiri tidak cepat melatah. Bagi Fathia, hal ini hanya sengaja diperbesarkan netizen sahaja.

“Bila saya tag Elfira, mestilah dia terkejut. Tapi dia okey sahaja. Kenapa netizen nak pertikaikan sedangkan empunya badan pun tak kata apa-apa”

Dalam perkembangan lain, diatas sambutan yang hangat, Fathia akui dirinya serius mencemburi bidang nyanyian pula. Maklumnya, tidak lama lagi single terbarunya, Keluarkan Aku bakal dikeluarkan. Dengarnya lagu ini mengisahkan perjalanan hidupnya selama ini.

“Saya memang serius dalam bidang nyanyian dan Insya-Allah dalam bulan ini saya akan tampil dengan single pertama. Lagu Keluarkan Aku ini mengisahkan perjalanan hidup saya. Apa yang saya rasa selama ini. Harap semua peminat dapat terima dah beri sokongan,” katanya. (rtky/w)