fbpx

“Buka Tudung, Itu Pilihan Isteri Saya Sendiri”

Sudah puas menasihati isteri untuk berhijab, Nabil Ahmad bagaimanapun menghormati keputusan isteri untuk membuka tudung dua bulan lalu. Menurut Nabil, beliau tidak mahu terlalu memaksa, bimbang hijrah isterinya tidak kekal.

BACA: Nabil Ahmad Terfikir Untuk Undur Diri Dari Dunia Seni

“Pada ketika itu, mungkin dia sedang mencuba untuk berhijab dan saya beri galakkan. Tapi bila dia tak mahu berhijab, saya tak tahu nak cakap macam mana sebab saya dah pernah memintanya untuk berhijab”

“Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab. Saya nak dia kekal berhijab dan bukan sekejap pakai, dan tak lama kemudian, kembali buka hijab”

Tambah Nabil lagi, sebagai suami beliau sedaya upaya menjalankan tanggungjawabnya untuk menasihati isteri agar menutup aurat. Selain berdoa, Nabil juga kerap membuka siaran ceramah di rumah.

“Setiap hari saya doakan supaya dia dapat rasa keikhlasan untuk berhijab. Saya dah rujuk kepada beberapa ustaz dan kata mereka, kerja saya sebagai suami adalah untuk memberitahunya mengenai kewajipan menutup aurat”

“Sampai satu tahap, bila kita dah cukup menasihatinya, itu terpulang kepada dia pula untuk menjalankan tanggungjawabnya. Ada juga beberapa kali saya buka ceramah mengenai kewajipan menutup aurat dan menghantar kiriman WhatsApp kepadanya,” jelasnya kepada Harian Metro. (rtky/w)