“Keluarga Terdekat Pun Tiada Gambar Bilal, Mereka Minta Pun Kami Tak Bagi”
Hampir sebulan menimang cahaya mata sulung pada 29 Januari lalu, pasti ramai tidak sabar melihat wajah anak Neelofa dan PU Riz yang diberi nama Muhammad Bilal.
Memetik Harian Metro, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed berkara dia menyerahkan keputusan kepada anaknya untuk berkongsikan gambar cucunya kepada umum.
BACA: Neelofa Kongsi Foto Bilik Anak, Netizen Teruja Nak Tengok Wajah Bilal
“Saya tak pernah sebab keluarga terdekat di Kelantan pun tiada gambar Bilal. Mereka minta pun kami tak bagi. Jika diikutkan setiap hari dia akan mengirimkan gambar Bilal walaupun setiap hari berjumpa mereka. Namun, saya tidak akan ambil gambar atau tanya bila dia mahu kongsi.
“Biarlah dia sendiri yang buat keputusan. Kita hormat pilihannya. Saya pun kalau ikutkan banyak benda nak tanya tapi tidak diluahkan sebab ini adalah kehidupan dia.
“Saya percaya sekarang ini pun sudah ramai yang bertanya bila dia mahu dedahkan wajah Bilal, jadi sebagai ibu saya kurangkan pertanyaan itu,” katanya.
Berkongsikan mengenai proses berpantang anaknya itu, Kartini berkata Neelofa tidak berdepan masalah untuk menjaga Bilal dan cepat belajar. Ujar Kartini lagi, Neelofa juga mempunyai pengalaman menjaga anak saudaranya sebelum ini.
“Selepas berpantang di hospital dan di rumah saya selama seminggu, Neelofa kini memilih untuk berpantang di rumahnya sendiri kerana lebih memberi keselesaan.
“Namun, setiap hari saya akan luangkan waktu di rumahnya selama beberapa jam. Walaupun dia sudah ada pengalaman menjaga anak saudaranya sebelum ini, tapi menjaga anak sendiri sangat berbeza.
“Jadi sebagai ibu saya cuba ingatkan mana yang patut. Neelofa seorang yang cepat belajar dan tiada masalah untuk menyesuaikan diri bergelar isteri dan ibu.
“Alhamdulillah Bilal pun mudah sangat untuk dijaga dan tak banyak meragam. Bagi saya yang memiliki anak yang ramai dan melihat keadaan Bilal, saya rasa semua dia mudah untuk diuruskan.” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Geng lisa surihani. Pastu merata gambar anak2 later. Logic? Hahah. #retis
haha betul tu ros… tp mak dia plak lobeh lobeh…
hahahahaah ngada ngada lebihh..
anak dia suka hati dia lah nak tunjuk skrang ke akan dtg bersepah gmbar ke yg korang atas ni bitter sngat knape
aku pelik la, nape org sanjung tinggi sgt lopa ni? serba serbi pasal dia semua nak letak kat socmed. grand sgt ke family dia? adik brdk yg bkn artis yg takde terlibat dgn bidang lakonan/nyanyian pun disebut2. bukan la jeles, x payah la nak jadi kandarshian Malaysia sgt. bila nak surut la pasal depa sefamily, kan
yela bilal kan sibuk bilal dekat masjid, 5 kali sehari. sebulan dah 150 kali.. busy busy
sebab lofa adalah influencer yang bagus, dia banyak berjasa tak salah kalau ada news article psl diorang, kalau tak suka jangan baca, faham kan? tak susah pon….hidup jangan dengki ye kak.
Kenapa dengki sangat korang ni dgn neelofa eh. Walaupun awak cakap bukan jealous, saya baca je dah nampak sangat awak cemburu, iri hati semua ada. Dia punya suka la family dia mcm kardashian malaysia ke. Dah terang2 satu family dia in the same business line, they help each other to bloom NAELOFAR. Iri hati sgt ke tengok orang nak berusaha untuk business family sendiri. Tak suka diam je la, swipe left. Jangan tambah dosa Kak.