fbpx

Buat Video TikTok Backup Suami, Netizen Bengang Dengan Isteri Shuk

Beberapa minggu lalu hangat diperkatakan kontroversi mengenai pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar apabila isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya di media sosial.

Bagaimanapun, tindakan Rossalennah memuat naik video di aplikasi TikTok membuatkan netizen bengang apabila melakukan ‘miming’ dengan dialog yang seakan-akan ‘memerli’ seseorang.

BACA: Sudah Berbaik Dengan Isteri, Shuk Masih Digantung Tugas

https://www.tiktok.com/@cococurv_rossasera/video/6906000041580743938

Netizen berkata sebelum ini ramai yang memberikan kata semangat kepadanya susulan kemelut rumah tangganya, namun dia dilihat lebih menangkan suami.

Meskipun video itu hanya gurauan namun netizen berkata mungkin isteri kepada pelawak itu lupa bahawa dialah yang membongkar hal kecurangan suaminya kepada umum.

Malah, rata-rata netizen seolah sudah meluat dengan drama pasangan itu dan berharap selepas ini dapat selesaikan secara peribadi serta tidak memuat naik aib rumah tangga di media sosial.

Terdahulu, Shuk sudah pun berbaik dan berjaya memujuk isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang semula. Shuk akui menyesal dengan kesalahan dilakukannya serta berjanji akan melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.