fbpx

Sudah Berbaik Dengan Isteri, Shuk Masih Digantung Tugas

Beberapa minggu lalu hangat diperkatakan kontroversi mengenai pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar apabila isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya di media sosial.

Susulan pendedahan kecurangannya itu, Shuk digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot. Terbaru, pihak pengurusan stesen radio itu mengesahkan Shuk masih lagi digantung dan isu peribadi berkaitan pelawan itu masih dikaji dan dalam perbincangan buat masa ini.

BACA: Pujuk Hati Isteri, Shuk Pinang Isteri Semula

“Perkhidmatan Shuk sebagai penyampai Hot FM masih lagi digantung buat sementara susulan isu peribadinya yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Pihak pengurusan mengesahkan bahawa isu berkenaan masih dikaji dan dalam perbincangan buat masa ini. Pengumuman akan dibuat kelak,” katanya.

Terdahulu, Shuk sudah pun berbaik dan berjaya memujuk isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang semula.

Shuk juga mengakui menyesal dengan kesalahan dilakukannya serta berjanji akan melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.