fbpx

“Buat Pemimpin Berniat Buruk, Celakalah Hidup Mereka”

Menerusi Twitter, perkongsian oleh Bront Palarae menjadi perhatian ramai apabila pelakon berbakat besar itu dilihat ada memuat naik doa buat ahli politik di negara ini.

Tidak dinyatakan ditujukan kepada siapa, Bront mendoakan agar urusan pemimpin dipermudahkan bagi mereka yang berusaha membantu rakyat. Namun, untuk ahli politik yang berniat sebaliknya, Bront mengharapkan balasan daripada Allah.

BACA: Bront Palarae Persoal Isu Vellfire Sebagai Kenderaan Rasmi

Ketika ini, pertukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional telah menyaksikan beberapa perubahan berlaku dalam dunia seni negara.

Antaranya pelantikan bekas pemimpin pertengahan PKR mengetuai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).